Monday, 13 March 2017

Islam itu Indah (IKIM) : Panjang Angan-angan, Pendekkan Harapan

sumber : ikim

ASSALAMUALAIKUM ANAK-ANAKKU..

SEBANYAK MUNGKIN UMMI KUMPULKAN BAHAN - BAHAN TERBAIK UNTUKMU
LEWATILAH BLOG INI KELAK BILA KAMU DEWASA
HAYATI PESAN-PESAN PARA USTAZ DAN USTAZAH INI
UMMI TIADA HARTA DAN WANG RINGGIT UNTUK DIWARISI
UMMI YAKIN ILMU DAN NASIHAT  ADALAH HARTA YANG TERBAIK UNTUK KALIAN


Panjang Angan-angan, Pendekkan Harapan


“Ada dua hal yang paling aku takuti menimpa kalian, Iaitu menuruti hawa nafsu dan banyak angan-angan. Sesungguhnya menuruti hawa nafsu itu dapat menghalangi dari kebenaran, dan banyak angan-angan itu sama dengan mencintai dunia.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya).

Virus panjang angan-angan ini adalah penyakit Mat Jenin versi akhirat. Jika Mat Jenin versi dunia mati kerana jatuh pokok akibat terlalu mengangankan kesenangan dunia, Mat Jenin versi akhirat jauh lebih parah. Mereka dalam kategori ini memburu akhirat dengan meninggalkan dunia.

Hidup biar berpada, itu pesan Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah yang bersiaran pada Hari Rabu jam 10.15 pagi minggu lalu. Mengaitkannya dengan firman Allah mafhumnya: “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qashash, ayat 77). Ternyata perancangan akhirat itu seiring dengan jalan atur hidup di dunia. Bagi manusia yang memburu dunia dengan melupakan akhirat, mereka digelar mansia yang panjang angan-angannya. 

Definasi panjang angan-angan adalah mengharapkan kebaikan tanpa usaha dengan tanggapan waktu dan kesempatan masih ada atau masih panjang buat diri. Dalam konteks agama, orang yang panjang angan-angan ini selalu berangan-angan tentang pengampunan Allah tanpa kesungguhan bertaubat. Sungguh Allah itu Maha Baik, tetapi terkadang mereka lupa Allah juga Maha Membalas perbuatan dan siksaNya sangat dahsyat dan pedih.

Selain itu, manusia yang panjang angan-angan juga adalah manusia yang berangan-angan untuk menewaskan hawa nafsu batin tanpa kesungguhan dalam mujahadah dan zikrullah. Mereka sedar Bahawa syaitan dan hawa nafsu akan menyesatkan dan membawa kepada mereka kepada kebinasaan, tetapi mereka tidak bersungguh-sungguh dalam berzikir untuk menghalau syaitan dan bermujahadah alam melawan hawa nafsu.

Ketika Rasulullah SAW ditanya, siapakah orang yang sebenarnya paling pintar, baginda menjawab: “Orang yang pintar adalah orang yang dapat menundukkan hawa nafsu dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah dengan panjang angan-angan” (Riwayat Ibnu Majah). Maka, jadilah manusia yang bijaksana dengan memendekkan angan-angan, bersungguh dan bersegera memohon pengampunan Allah serta tidak berangan-angan kosong sehingga menjadi manusia yang dangkal dalam menelah kepentingan hakiki antara akhirat dan duniawi apatah lagi meremeh dan menangguh pengampunanNya.

Hakikatnya, kita ini warga akhirat bukannya warga dunia. Justeru, bezakan dengan tuntas antara angan-angan dan harapan. Sedar atau tidak, manusia yang punya harapan tidak miliki masa untuk putus asa. Harapan memberi mereka ketabahan demi mengecap kejayaan. Maka, mereka punya kekuatan untuk terus berusaha tanpa terhenti dengan cubaan yang melintasi perjalanannya digelar manusia yang punya impi dan harapan. Namun, jika harapan yang tercetus tidak disusuli dengan usaha gigih maka ia hanya sekadar bermimpi bukannya berimpian. 

Selain itu, manusia yang punya harapan akan kuat berdoa kerana mereka yakin bahawa doa adalah petunjuk dalam merealisasikan impian. Semakin tinggi harapan, semakin gigih doa di panjatkan. Seterusnya, kebergantunggan kepada Allah juga mantap di kalangan manusia yang tinggi harapannya. Perlu yakin, kejayaan tidak hadir hanya pada kejituan usaha semata tetapi perlu kepada kepercayaan pada lemahnya telahan dan jangkaan sepanjang jalan perjuangan. Sesungguhnya, pada usaha yang sekelumit, bakal menjemput pertolongan daripada langit. Bantuan Allah akan hadir hasil daripada  tawakal kepadaNya.

Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal dengan segera. Manusia yang punya harapan ada dorongan untuk bersegera melunaskan setiap yang dirancang. Tiada istilah bertangguh dalam diri mereka.

Terdapat beberapa faktor manusia miliki angan-angan yang panjang. Pertama kerana kesanggupan mereka berlumba mengejar kekayaan dunia tidak seiring rasa rakus mengejar kekayaan akhirat. Selain itu, mereka alpa tentang kematian yang boleh datang tanpa mengira masa dan usia. Oleh itu, bermujahadahlah melawan rasa malas, jemu dan letih dalam beribadah dan megusir gangguan hawa nafsu dan syaitan. Cari ilmu dan amalkan sebaiknya setiap yang dipelajari. Katakan pada hati, diri ini bila-bila bisa mati bertemu Ilahi.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 8 Mac 2017

Saturday, 11 March 2017

Cara tambah pendapatan:kreatif mencari rezki

Tasneem dan Mak Cik Ku Elidanya...

Kunjungan ke PCB kali ini , kami nampak pantai yang puteh penuh dengan buih - buih sabun yang terbang. Seronok gitu..kalu sebelumnya tak de la banyak sangat , tapi mungkin idea jual buih sabun atau sewa bekas buaih sabun ini amat mendapat sambutan, maka munculah ramai lagi orang tempatan yang buat perniagaan ini.

Anak-anak apa lagi selain dari bermain wau, mereka boleh juga bermain buih sabun. Sesuai sangat kerana faktor hembusan angin di tepian pantai. Lain hasilnya jika bermain dirumah. Buih tu tak perlu ditiup ...keluar sendiri bila kena angin .

Begitulah dalam mencari rezki. Keadaan ekonomi yang tak menentu  meningkatkan kreativiti ramai orang.



Thursday, 2 March 2017

Blogging dan menulis

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni ..mau atau tidak perlu respon juga pada teknologi..perlu manfaatkan teknologi dalam kehidupan. Kalau dulu susah nak publishkan seni penulisan sekarang tidak lagi. Bagi ummmi, bloging amat berguna untuk orang yang gila menulis seperti ummi. Namun tahap penglibatan perlu dikawal..janganlah kerana gila blogging perhatian pada anak - anak pula terabai. Macam ummi ni .. ada masa lepas gian menulis blog pkul satu dua pagi dimasa anak sudah tidur. Janji boleh lepas gian blogging...okey lah tu..

Teringat pada sekitar 90an ummi pernah menang tulis esei remaja di radio RTM...seronok bukan main kerana dj Mustaza Maah yang sebut nama ummi dalam radio tu..ke uadara diseluruh Malaysia. Ha ha ha...seronok bukan main..gambar di atas tu adalah gamhar Ammar pegang buku antologi cerpen ' Lelaki yang Berdiri' hadiah yang ummi dapat dari pertandingan tu...

Saturday, 25 February 2017

Release tension di D'Apple

Sesuatu terjadi hari ni menyebabkan hati rasa terseliuh. Kerja sebagai jurukira di syarikat Oil and gas terbesar di Malaysia ni amat mencabar kewibawaan ..apatah lagi tok wan sakit pula sehari dua ni...


Walaupun punch card pukul 6.10 petang, namun hati terasa sangat ingin berhenti sekejap layan perasaan. Nak berhenti kat mana. Jadi D'Apple Pengkalan Chepa muncul dalam ingatan. Kerapkali juga makan kat D'Apple Kota Bharu bersama keluarga. Jadi ummi singgah lah layan tension bersama lamb chop..tambahan pula petang-petang macam ni pelanggan pun kurang. Ummi seronok la layan lamb chop sorang-sorang..selepas bayar di kaunter, pelanggan lain masuk untuk dinner .. waktu untuk ummi pulang ...

Wednesday, 22 February 2017

Bersilaturrahim melalui kenduri kahwin


Kakak Fiza kahwin, sepupu Ammar..alhamdulillah bertambah besar kelarga tok wan.
Walau pun duduk sama di Kelantan tapi nak berjumpa dengan anak buah ni bukan senang juga. Maklumlah semua bertaburan di luar Kelantan. Hanya pada kenduri kendara macam ni sahaja berpeluang berjumpa.


Bergambar dengan Ros , anak saudara ummi iaitu anak Kak Dah yang sulung . Berapa tahun dah tak berjumpa.

Terubat rindu pada anak buah dan cucu - cucu ni... kami ni sebaya..walau pangkat emak saudara dan anak..banyak kenangan zaman kecil di kongsi bersama..




Insyaallah bulan ogos ni along nisa plak kahwin...berkumpullah kita yea..


Saturday, 18 February 2017

Menghitung bintang menatap bulan dengan anak-anak

Assalamualaikum..
Sebelum kamu berdua ada...ummi selalu bawa abang Naseem dengan kakak Aimy jalan keliling taman pada waktu malam. Bulan dan bintang kat langit biasanya yang jadi tarikan.

Tiba masa ummi nak tenguk bulan dan bintang dengan kamu berdua pula.

Masa ummi kecil dulu nak tenguk bulan bintang tak perlu keluar rumah. Jenguk jer dari jendela dah nampak bulan bintang sebab jendela rumah kampung beratap nipah tokwan dulu tak de jeriji.

Kekadang cahaya bulan waktu terang menyelinap masuk hingga ketikar tempat ummi tidur. Ini kerana atap nipah yang bocor memberi ruang pada sang rembulan memberikan cahayanya...kini ummi sendiri lupa cahaya bulan yang asli kerana waktu malam kini sudah terang disuluh lampu neon..hingga pudar lah cahaya bulan.

Nak tenguk cahaya bulan yang sebenarnya? Kena tutupkan semua lampu di waktu malam barulah cahaya bulan kelihatan..

Diantara dua zaman, pada cahaya bulan ada bezanya apa lagi lain-lain benda seperti kos hidup, teknologi dan cara berfesyen.

Syukran kerana rembulan masih bercahaya



DESIGN YANG TERCIPTA DARI CINTA

Baru ada kesempatan nak publishkan hasil seni yang selama ni terendam..dengan bangganya ummi publishkan untuk tatapan anak-anak ummi. Mungkin blog ni kekal hingga kalian dewasa...waktu tu ummi pun dah semakin tua..nak melukis pun dah tak mampu...jadi tenguklah hasil seni ummi ni...walau tak seberapa...



Jangan tanya kenapa jadi gitu tak gini..atau ada yang senget ke... makkumlah lama dah berhenti melakar ni...ha ha ha



Kenapa model gempal ye? sebab ummi cuba design yang sesuai untuk saiz ummi yang gempal ni juga.

Setengah orang diberikan rezki dengan jadi designer. Walaupun ummi bukan nak jadi designer tapi tak salah juga jadi akauntan yang boleh design. Maklumlah zaman sekarang ni kena pelbagaikan kemahiran.

Maka Tasneem dan Ammar, banyakkan kemahiran yea..cari ilmu dunia dan akhirat..