Sunday 14 September 2014

YA HANANA OLEH HABIB SYECH BIN ABDULQODIR ASSEGAF

Pemandangan kawasan pendalaman di Jepun.
gambar hiasan 

salam...

siapa yang tak minat Qasidah ya hanana? semua minat termasuk kami sekeluarga..jadi entry kali ini adalah untuk halwa jiwa dan mata Ammar dan Tasneem. Kepada sesiapa yang turut tenguk..alhamdulillah, moga-moga perkongsian benda-benda yang baik - baik mampu memberi kesan yang baik-baik. Semoga lantunan Qasidah yang dinyanyikan oleh Habib Syech ini mampu memyemarakkan kasih sayang dan kerinduan kita kepada Rasullullah kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w

terima kasih pada laman web/dan bloq yang jadi sumber entry ummi kali ini.


sila klik laman web dibawah untuk tenguk video ya hanana 
youtube :
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=E4cvx4s9BDE

YaHanana
Zhoharoddinul mu’ayyad bizuhurin Nabi Ahmad… 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah…
Yahanana… 8x
Khusso bissab’il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma’aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa ‘alaihi anzalallah
Yahanana..
Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi ‘alaa kullil anam

Yahanana…
Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa ‘iru walhamdulillah
Yahanana…
Shollu ‘ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu ‘alaihi wasallimmu
Yasy fa’ lana yaumazziham
Yahanana…
==============================
” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

sumber dari : http://keranakasihnabi.blogspot.com/2012/10/ya-hanana-lirik-dan-terjemahannya.html


Friday 12 September 2014

LAMAN:KEBUN KREATIF DI HALAMAN IBU TASNEEM (BUKAN AINAN TASNEEM)

salam..
Ibu Tasneem adalah pengasuh Tasneem . Ummi suka tenguk kebun yang ada dihalaman rumahnya. Kebun ini Nenek Tasneem yang ushakan. Nenek cuba memanfaatkan sebijak mungkin halaman yang ada agar ruang tanah ini tidak kosong dan membazir. Yang paling penting...HIJAU dan SEGAR ..tu yang ummi suka tu..




Pokok nenas dan kacang bendi...kecik gi,,



ini pula pokok bayam..bagus untuk tambah darah..orang yang ada darah tinggi dilarang makan ni..darah mendadak naik ni..


pokok sayur petola. Pagar sedia ada dimanfaatkan jadi penyokong









Pokok kacang ulam..


 ini adalah pokok naga.Puteh atau merah ummi tak pasti. tiang simen dan tayar digunakan sebagai penyokong. Semua ni barang terbuang..



dah berbuah punn...tunggu masak la..



Satu-satunya  benda bernyawa dikalangan tumbuhan hijau

Ummi nak tunggu pokok-pokok ni keluarkan hasil .Pastu kita update lagi la part kebun-kebun ni..

Wednesday 10 September 2014

VISIT KELANTAN-EXPO TANI -3 SEPT. HINGGA 7 SEPT. 2014


Expo Tani 2014 telah diadakan pada 3 sept. hingga 7 Sept. di Padang Perdana sebelah Stadium .di Kota Bharu. Kesempatan ini, kami sekeluarga telah berkunjung disebelah malam la, masa siang tak de..kesian juga anak-anak dan Tok Wan dah lama tak berjalan. ummi asyik kerja jer...duniawi duniawi...

Ok lah ..jom kita jalan-jalan, tenguk apa yang menarik di expo ini.. 


Kunjungan kami di sambut oleh buah-buahan extra big ...big macam ni...


Pisang dan ubi kayu


  tu dia weh,,Ammar tak pernah tenguk lagi ni kubis besar  macam ni.

Ada ruangan untuk buah-buahan liar ..yang mungkin susah nak cari di sesetengah tempat di Malaysia..

Buah kabong. Digunakan dalam minuman sirap atau air batu campur.


yang ni semua kenal.kelapa tua dan muda

buah rotan..akar rotan untuk buat perabut

sejenis rotan. Rotan manau

Buah keriat. rasanya masam manis. masa kecik dulu suka sangat..

Ni buah nipah.Banyak kenangan dengan buah nipah ni..sebab rumah ummi dulu tepi sungai..rasa lapar je, pegi sungai, lapar je pergi sungai..bawa parang. cari buah ni di antara pokok-pokok nipah yang tumbuh dalam sungai. Ummi, mak cik aya dan mak su redah jer paya sebab nak ambik buah ni..macam makanan ringan la pada waktu tu peranan buah - buah ni pada manusia. sekarang ni banyak makanan ringan kat kedai.Budak-budak tak perlu redah paya lagi.. : )






Antara bunga-bungaan , benih dan baja untuk dijual..




Atas tu adalah sejenis bunga buatan dari material yang baru di pasaran..Lateks..Kak Jah sebelah ummi itu adalah tenaga pengajar di Jabatan Getah Malaysia, Dia boleh ajar sesiapa yang berminat dengan kraftangan ni..boleh dijadikan sumber pendapatan baru ...

akuarium di gerai jabatan perikanan


di bawah ni adalah rupa gerai jabatan pertanian..amat menarik sekali..hijau ini cantik .. jom kita semak ....




salad dan kailan dengan kaedah hidroponik..boleh dituai dalam 6 minggu..




kaedah memanfaatkan ruang sempit




satu lagi kaedah memanfaatkan ruan sempit,,bagus untuk petani dalam bandar..Ammar dan Tasneem patut tenguk ni...


Perhatikan benang sumbu pelita yang berendam dalam air tu. Fungsinya supply air pada tanaman tak akan putus walaupun pemiliknya tak ada ..pokok boleh minum sendiri ..(air terserap kedalam sabut kelapa dan tanah)








macam-macam cara penanam sayur untu ruang sempit..cuma perlu usaha sikit jer..berkorban masa ..hasilnya mesti lah bagus kerana boleh menghijaukan kawasan laman,. udara segar..dan pentingnya jiamt duit ...mana tau boleh jual...?



herba mas cotek.

Selain itu terdapat pertandingan yang diadakan untuk mempertandingkan hasil tani peserta.



macam - macam yang dipertandingkan ...buah-buahan  'extra besar' 

terdapat juga gerai untuk mempamerkan nasib umat islam di Gaza dan kekejaman zionis . ada tabung Gaza..

Bukan Al - Qasam betul ni...patung jer...


                               
peace by Ammar..di gerai GAZA..


selepas itu kami ke hasil ternakan pula..Lihat hawan trenakan yang extra big juga..Ammar suka sangat..Tasneem pula dah merengek nak tidur.





kambing ni stress , tak leh tidur gi..ramai orang tenguk dia..



promosi aktiviti menunggang kuda ..salah satu kemahiran yang di suruh oleh Rasulullah..Ammar pun nak naik juga tapi tak sempat..dah malam sangat..adik awak meragam ..


satu lagi kemahiran yang disuruh Rasulullah..memanah..Ammar kena cuba ni..'next time' la..


ok..selepas tenguk kakak ni memanah kami pun balik la..Ammar dan Anis tak puas hati..nak jalan lagi..Lupa nak mentioned ..selain Tok Wan , Annis pun ada ikut kita..


KUTBAH TERAKHIR RASULULLAH




Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

(Telah disampaikan pada 09 zulhijjah di lembah uranuh arafah)

Wahai manusia....
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengatahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua lepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telilti kata-kataku ini dan sampaikan dan sampaikan paa orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia...
seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yangs uci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu, kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesunguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan menbuat perhitungan diatas segala amlan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keelamatan agama kamu. syaitan telah berputs asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar, maka berja-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia...
Seabagaimana kamu mempunyai hak atas para isterimu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekirnya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak oleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia...
Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima waktu sehari, berpuasalah di bulan ramahan, dan tunaikanlah zakat hari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu manpu. Ketahuailah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggunjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia...
Tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku da tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah kusampaikan kepada kamu. Sesunguhnya aku tingalkan kepaa kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikanya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula pada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu

Sunday 7 September 2014

ZIKIR (Aku redha Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.")


                 


رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلاِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً


"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, dan 

Islam 

sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad 

s.a.w. sebagai Rasulku."

AMMAR DAN TASNEEM

INI ADALAH ANTARA ZIKIR YANG ELOK 
LAH DIHAFAL . RINGKAS DAN MUDAH DIINGATI. KADANG - KADANG BILA KEBUNTUHAN SESUATU ASBAB DARI UJIAN DIDUNIA INI, KITA TERCARI SESUATU SEBAGAI PENYELESAIAN. DAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM PERLU LAH KEMBALI KEPADA ALLAH UNTUK SELESAIKAN KEBUNTUHAN KITA.ZIKIR-ZIKIR ADALAH SEBAGAI ALAT AGAR TUHAN MEMANDANG KEPADA KITA DENGAN KASIH SAYANGNYA. PALING BAIK HENDAK LAH SENTIASA BERZIKIR. KERANA ITU LAMBANG INGATNYA HATI DAN AKAL KITA KEPADA PENCIPTA. BUKAN MASA SUSAH SAHAJA KITA MENCARINYA.

INGATLAH ALLAH DIMASA SENANG, SUPAYA ALLAH MENGINGATI KAMU SEMASA KAMU SUSAH



Saturday 6 September 2014

LAMAN: TAMAN BUNGA TOK WAN 2014


Salam...
Ummi dah lama berhajat nak blog kan taman Tok Wan ..nak abadikan dialam maya..walaupun sederhana dimata pembaca lain, amat hijau dimata ummi..untuk anak - anak boleh tenguk la selagi blog ni ada..
Jom..pakat tenguk apa ada ditaman tokwan ..

.

Pokok kacang ini memang ummi suka sangat. Pada waktu pagi biasanya ia akan kembang menjalar diatas tanah. Pemandangannya yang segar amat berkesanlah ke jiwa sanubari ummi yang cintakan kehijauan. Ewah.. Anak ummi juga kena belajar menyintai keindahan alam, tau? ok ummi 'enlarge' awal-awal lagi la gambar ni..
 



Biar pun bangsal bunga tok wan ni robek..tapi tetap cantik di mata kami.

Bunga orkid kebanggaan tok wan. Halwa mata ummi..dan kita semua.. : )





Petak simen ni adalah asalnya petak untuk laluan kereta di depan rumah.



Sila abaikan pasu yang kosong tu...


Layu sebab gambar ni diambil sebelah petang

Jalan keluar ke depan rumah.Abaikan kereta lipas Ammar tu..



Antara pokok kesayangan Tok Wan.



Jangan tanya kenapa pasu putih tu dok atas laluan tu..gaya Tok Wan Ammar dan Tasneem

Tok Wan juga ada tanam pohon yang boleh dimakan hasilnya..walaupun kawasan istana kita ni sempit, pohon sayuran ni tetap ditanam...harap-harap boleh rasa ler hasilnya..


 
Pokok pisang dan ubi kayu


Satu baris gi pokok ubi kayu.....


Selain tu Ummi nak blog kan juga pokok sayur Che Mah ni..walaupun dok ditaman yang bertanah terhad, Che Mah bersemangat berkebun sayur. Siap jual lagi.



Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih.Walaupun ruang belakang rumah tak besar, sebab rumah Che Mah ditengah, tapi mampu juga menghasilkan sayuran yang sebegini. Tu Pak Cik Hasan tengah siram pokok sayurnya. Ammar dan Tasneem kena buat ni. Ummi dulu pun masa sekolah rendah dah boleh tanam pokok sayur tau...



Pokok petola yang dah berbuah..Nanti  Che Mah boleh jual la sayur ni. 

Ni pokok Tok Wan di belakang rumah.T ercabar dengan Che Mah yang dah berjaya jual sayur kepada peraih sayur , Tok Wan pun dah jual daun limau nipis ni .. ok la tu..dah dapat hasil..seronok benar Tok Wan tu..

Berbakti  pada tanah lambat laun boleh tuai lah hasilnya....