Wednesday 10 September 2014

VISIT KELANTAN-EXPO TANI -3 SEPT. HINGGA 7 SEPT. 2014


Expo Tani 2014 telah diadakan pada 3 sept. hingga 7 Sept. di Padang Perdana sebelah Stadium .di Kota Bharu. Kesempatan ini, kami sekeluarga telah berkunjung disebelah malam la, masa siang tak de..kesian juga anak-anak dan Tok Wan dah lama tak berjalan. ummi asyik kerja jer...duniawi duniawi...

Ok lah ..jom kita jalan-jalan, tenguk apa yang menarik di expo ini.. 


Kunjungan kami di sambut oleh buah-buahan extra big ...big macam ni...


Pisang dan ubi kayu


  tu dia weh,,Ammar tak pernah tenguk lagi ni kubis besar  macam ni.

Ada ruangan untuk buah-buahan liar ..yang mungkin susah nak cari di sesetengah tempat di Malaysia..

Buah kabong. Digunakan dalam minuman sirap atau air batu campur.


yang ni semua kenal.kelapa tua dan muda

buah rotan..akar rotan untuk buat perabut

sejenis rotan. Rotan manau

Buah keriat. rasanya masam manis. masa kecik dulu suka sangat..

Ni buah nipah.Banyak kenangan dengan buah nipah ni..sebab rumah ummi dulu tepi sungai..rasa lapar je, pegi sungai, lapar je pergi sungai..bawa parang. cari buah ni di antara pokok-pokok nipah yang tumbuh dalam sungai. Ummi, mak cik aya dan mak su redah jer paya sebab nak ambik buah ni..macam makanan ringan la pada waktu tu peranan buah - buah ni pada manusia. sekarang ni banyak makanan ringan kat kedai.Budak-budak tak perlu redah paya lagi.. : )






Antara bunga-bungaan , benih dan baja untuk dijual..




Atas tu adalah sejenis bunga buatan dari material yang baru di pasaran..Lateks..Kak Jah sebelah ummi itu adalah tenaga pengajar di Jabatan Getah Malaysia, Dia boleh ajar sesiapa yang berminat dengan kraftangan ni..boleh dijadikan sumber pendapatan baru ...

akuarium di gerai jabatan perikanan


di bawah ni adalah rupa gerai jabatan pertanian..amat menarik sekali..hijau ini cantik .. jom kita semak ....




salad dan kailan dengan kaedah hidroponik..boleh dituai dalam 6 minggu..




kaedah memanfaatkan ruang sempit




satu lagi kaedah memanfaatkan ruan sempit,,bagus untuk petani dalam bandar..Ammar dan Tasneem patut tenguk ni...


Perhatikan benang sumbu pelita yang berendam dalam air tu. Fungsinya supply air pada tanaman tak akan putus walaupun pemiliknya tak ada ..pokok boleh minum sendiri ..(air terserap kedalam sabut kelapa dan tanah)








macam-macam cara penanam sayur untu ruang sempit..cuma perlu usaha sikit jer..berkorban masa ..hasilnya mesti lah bagus kerana boleh menghijaukan kawasan laman,. udara segar..dan pentingnya jiamt duit ...mana tau boleh jual...?



herba mas cotek.

Selain itu terdapat pertandingan yang diadakan untuk mempertandingkan hasil tani peserta.



macam - macam yang dipertandingkan ...buah-buahan  'extra besar' 

terdapat juga gerai untuk mempamerkan nasib umat islam di Gaza dan kekejaman zionis . ada tabung Gaza..

Bukan Al - Qasam betul ni...patung jer...


                               
peace by Ammar..di gerai GAZA..


selepas itu kami ke hasil ternakan pula..Lihat hawan trenakan yang extra big juga..Ammar suka sangat..Tasneem pula dah merengek nak tidur.





kambing ni stress , tak leh tidur gi..ramai orang tenguk dia..



promosi aktiviti menunggang kuda ..salah satu kemahiran yang di suruh oleh Rasulullah..Ammar pun nak naik juga tapi tak sempat..dah malam sangat..adik awak meragam ..


satu lagi kemahiran yang disuruh Rasulullah..memanah..Ammar kena cuba ni..'next time' la..


ok..selepas tenguk kakak ni memanah kami pun balik la..Ammar dan Anis tak puas hati..nak jalan lagi..Lupa nak mentioned ..selain Tok Wan , Annis pun ada ikut kita..


No comments:

Post a Comment