Friday 30 December 2016

Weeding of the year 2016: Abe long


Assalamualaikum..


Weeding of the year.. abe long kawin ..yup pok long dapat menantu. Tahniah pada abe long...bertambah lagi anak cucu tokwan. Mengambil kesempatan dari majlis yang gilang gemilang ini, ummi cuba mengumpul gambar-gambar amatur yang merakamkan wajah-wajah adik beradik dan saudara mara yang payah nak jumpa ni....kalu jumpa pun masa raya tak sempat nak bergambar...

Jadi kita layan gambar dari juru gambar amatur ni...





Selfii bersama pok ngoh , mok ngoh dan mok cik Aya...




Ni pula mok na...

Ni pula cek Na...adik mok long...



Layan Tasneem jap... pengantin dah tak tau dok mana...jom kita pinjam jap...



Bukan senang nak bergambar dengan generasi pertama ni ... tok ngoh dan cik nah dan tok su zon...



Layan tasneem lagi...tak nak berganjak dari taman mini mok long yang dramatik ni...




Sempat juga tarik pengantin dalam kalut - kalut layan tetamu




 

Tu dia...abe long..  mok teh dan ummi dengan cekapnya berselit nak ambik gambar ni...orang lain sibuk standby sambut menantu...



Sebahagian cucu tokwan dari cik ya and the gang...dan Anis dan Betrisya..




Mok teh dan mok ngoh dengan anaknya kak Izah dan Kak Fatihah... dua orang sepupunya tak beranggan...


Mok Na dan anak -anak sedara yang comel comel..


Tok wan dan cucunya yang manja...Naseem ..bersama Kak dah...jiran mok long...


Klasik gambar ni...pok ngoh dan anak buahnya abe long Iman ..cantik-cantik...



Walaupun blurr gambar ni...ummi tetap nak masukkan juga...biar naseem tenguk ni... 


Ni dua beradik...cucu tok wan Asraf dan Kakah Fatihah...dok nengung ni..risau banjir 

Mok ya dan cik Ya dua beradik ..


Cakk... 


Tok wan dan anak cucunya...


Tu dia dua sepupu yang asyik berkepit...


Anak-anak cik ya...lima beradik ..angoh, ateh, acik, ucu dan along..cuba tenguk along copy paste muka cik Ya tuu..


Waa...cik Ya , mok teh dan mok ngah...sapa yang ambik gambar ni...tak ajak ummi...sampai hati

Alhamdulillah...majlis pak long berjalan lancar penuh kecerian...




Sunday 18 December 2016

Mulakan berniaga bila...



floating business
credit for google


Assalamualaikum...
Hendak mulakan perniagaan?... berniaga apa ye?..kedai runcit... ok ..modal dah cukup...rm100 ribu untuk beli barang runcit ... ok barang dah ada ...kedai dah ada... esok boleh buka kedai...

Hari pertama...jualan tak banyak...biasala hari pertama... hari kedua..tak capai taget...ketiga..seterusnya sebulan...kira-kira untung tak masuk pun dua ribu... aduh pening...macam mana nak bayar kereta...rumah..sewa kedai... ok..pinjam kak long...kak ngah... sambung berniaga lagi..masuk bulan kedua...jualan tak sampai juga rm2000..aduh macam mana ni..? Nak pinjam dengan siapa lagi...

Begitulah masalah yang kerap dihadapi . Kurang pengentahuan tentang tata urus berniaga akan menemukan ushawan dengan pelbagai cerita suka dan duka. Permulaan perniagaan yang rugi sebenarnya perkara biasa untuk satu tempoh mungkin dari 6 bulan hingga setahun. Jadi dalam tempoh ini ushawan perlu simpanan yang cukup untuk kelangsungan hidup secara asas seperti kereta,rumah, makan ninum,pelajaran anak-anak dan sewa kedai. Sumber ini datangnya dari simpanan . Selepas 6 bulan atau setahun biasanya perniagaan akan mula balik modal. Jangan sekali-kali tutup kedai kerana ini akan melibatkan pembaziran sumber yang telah dikeluarkan.Sabar dulu.

Oleh itu tak salah jika mulakan kecil-kecilan dulu agar simpanan anda cukup untuk tempoh permulaan ini. Disamping itu laburkan juga untuk iklan dan promosi.

Selamat berniaga


Istana jahar


Istana Jahar terletak di bandar Kota Bharu, bersebelahan masjid Muhammadi. Usia istana ini mencapai 200 tahun mengikut kata penjaga istana ini semasa kami berkunjung pada Sabtu yang lalu.


Atas nama istana, warna keemasan melatari ruang dan hiasan dalam istana tersebut.






Memaparkan hiasan almari lama dan peralatan untuk beradu, perkahwinan dan pertunangan cara dahulu kala amat mencuit kenangan ummi.

Sejauh mana kita pergi keluar dari Kelantan , tapi pernahkah kita berkunjung kesini melihat peninggalan tradisi raja-raja melayu dahulu kala?

Segala khazanah dahulu kala, amat mengkagumkan.

Di belakang istana , balai senjata yang menempatkan alatan senjata orang dahulu kala tersergam kukuh menanti pengunjung.












Pitis...matawang Kelantan kemas terjaga di sini. Pernahkah kita sendiri melihat pitis ini. Apalagi anak-anak. Ummi rasa bangga sekali dengan lawatan ini.


Replika rumah kampung dapat dilihat disini.





Dan akhir sekali perahu yang dibelah dari pokok. Macam mana stabilnya perahu ini di air, hanya nenek moyang kita yang boleh memberitahu tentangnya.




Alhamdulillah .. kita selongkar lagi khazanah orang dahulu kala di lain masa...

Friday 9 December 2016

CUTI SEKOLAH YANG MENGGERUNKAN....

 Ada beberapa sebab yang menjadikan cuti sekolah Bulan Disember ini menggerunkan..

 1) Cuti Baba dibekukan

Wau... baba diberikan surat pekeliling memaklumkan cuti rehat dan cuti tahunan dibekukan sebagai tindakan untuk bersiap sedia menghadapi banjir. Mana takya...hujan turun dekat dengan seminggu dah..fenomena biasa musim tengkujuh di Kota Bharu

2) Tok Wan makan angin ke Trangganu

Mak cik Ana Ammar ada kenduri kecil. Bersama mok su , tok wan ke Trangganu meninggalkan kita.

3) M.A.T.A recruit ejen baru ganti ejen Ali

Semasa kami ke Tesco jalan-jalan cari baju sekolah..jumpa team tengah recruit ejen.  Mungkin ejen Ali dah taknak jadi ejen ke tak tau la...layan sahaja...










4) Selongkar Istana Jahar.

Istana Jahar... walaupun terletak di Kota Bharu, hanya inilah masa yang sempat untuk kami pergi kesana.

Tasneem berlari-lari macam istana tu dia yang punya. Seronok agaknya. Ummi pula amat kagum dengan kesan-kesan lama di seluruh ruang...macam dilantai pada papanya..kukuh ... walau dah berusia 200 tahun.

Kena buat entry lain pasal lawatan ke istana Jahar ni...

Cantik sekali..





5) Terserempak dengan "Burger King'


Burger king dah habis du makan..akhirnya Ammar dan Tasneem jadi macam di atas ni...

Monday 5 December 2016

Taman tema di Kota Bharu ke?



Taman Tema ke ni...
Bukan.. ini adalah wall paper di klinik perdana Penambang..cantik kan? 
Ke klinik lagi minggu ni sebab tok wan demam. 
Ada pula wall paper yang baru di tampal di klinik ni..view hidupan laut ..cantik sekali.. tak larat nak pujuk Tasneem bergambar. Tapi akhirnya dapat juga la tangkap gambarnya..walau tak berapa sempurna..emmm..bukan main susah nak ajak Tasneem bergambar. 


Saturday 3 December 2016

20 CARA JEMPUT REZKI





MENJEMPUT REZKI... BERLAINAN DENGAN MENCARI REZKI . MENJEMPUT REZKI BERMAKSUD KITA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KEROHANIAN DAN KETUHANAAN DAN MENGHARAPKAN ADANYA KEAJAIBAN DARI ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYANYANG DALAM USAHA MENCARI REZKI.. ORANG BERUSAHA MENCARI REZKI TETAPI LUPA PADA SOAL KEROHANIAN DAN KEAJAIBAN ADALAH SATU USHA YANG AMAT MERUGIKAN .

SEBAGAI ORANG YANG BERIMAN, JANGAN LUPA SEMASA KITA BERTUNGKUS - LUMUS MENCARI REZKI , PERLULAH JUGA MENJEMPUT REZKI. KERANA JIKA TIDAK PANDAI MENJEMPUT REZKI, BERUSAHA KERAS PUN TETAP TIDAK MENDAPAT REZKI YANG  LEBIH  JUGA KERANA KURANGNYA RAHMAT ALLAH SWT.

BERIKUT ADALAH CARA-CARA MENJEMPUT REZKI YANG PERLU DIAMALKAN BAGI MENGURANGKAN BEBANAN MENCARI REZKI KITA:-

1) BANYAKKAN ISTIGFAR
2) SOLAT SUNNAT SEBELUM SUBUH
3) SEDEKAH
4) BUAT BAIK PADA IBU BAPA
5) BAGI MAKAN KEPADA BINATANG
6) BACA ALIKHLAS SEMASA MASUK KERUMAH
7) SOLAT SUNNAT TAHAJJUD
8)SOLAT SUNAT DHUHA
9)ZIKIR
10)BERSYUKUR
11)BERUSAHA DAN BEKERJA KERAS
12) DOA UNTUK TUNAIKAN HAJAT DAN IMPIAN
13)DOA KEBAIKAN UNTUK ORANG LAIN
14)SABAR
15)YAKIN DAN BERHARAP PADA PERTOLONGAN ALLAH
16) MENGAMBIL LEBIH TANGGUNGJAWAB DENGAN TIDAK MENSIA-SIAKAN TANGGUNGJAWAB UTAMA.
18)MENYAMBUNG SILATURRAHIM
19)MERAIKAN TETAMU
20)TAWAKKAL 

APAPUN YANG DIPEOLEHI ADALAH DENGAN IZIN ALLAH SWT.




Tuesday 22 November 2016

Kebun tok wan 2016





Sebelum ini, ummi ada masukkan entry berkenaan kebun bunga kita. Tahun ini nak masukkan lagi kerana ummi ni suka gambar yang hijau-hijau apatah lagi yang berkaitan dengan kita.

Hari ini, kebun ini dah berbeza dengan dulu..akan datang tak tahulah apa pulak perubahannya, so baik ummi simpan lah gambar view taman bunga ini sebagai tatapan di hari depan.

Kebun Bunga? emm .. itulah nama panggilan laman kita yang kecil ini.
Alhamdulillah...