Friday 19 August 2016

PASAR PAGI BADANG, JALAN PANTAI CAHAYA BULAN


PASAR PAGI BADANG, JALAN PANTAI CAHAYA BULAN

Hari ni ummi nak berkisah pada pasar pagi Cabang Tiga, itulah nama yang kita sekeluarga guna.

Pasar pagi ni ada pada pagi hari Jumaat .
Besar juga la , lebih kurang Wakaf Che Yeh.
Boleh kata serba malika ada.. sebagai kawasan pelancongan kerana jaraknya tak jauh dari pantai, maka jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pasar ini.

Jom tenguk. Apa yang ada di pasar ni..Ummi masukkan sebahagian ..nak lebih kenalah datang sendiri barulah puas hati.


Kawasan khemah jual pakaian . Macam - macam ada, baju budak, dewasa, wanita , lelaki serta pelbagai tudung.




Ini pula peralatan rumah dan dapur




Buah-buahan juga tidak ketinggalan.


Di bawah ni pula pelbagai makanan dan kueh mueh



Ini putu mayam..semua orang kenal..rasa nya unik ..dimakan bersama gula melaka


Bahan mentah yang segar dan murah juga

I


Ini satu lagi kueh tradisional, genderang..






Sayuran dan ulaman yang murah..boleh dibeli seminima Rm1


Kueh manja ..rasapun sedap... amat disukai kanak-kanak...ummi pun suka...Ammar makan boleh habis 20 biji...




proses meletakkan inti kueh manja...yang manja..




Ini satu lagi sayuran tradisional ,sampai nama pun ummi pun lupa..nak makan kena layur dulu..boleh buat kerabu

Tapai beras dan dodol pun ada






Etak yang berempah dan lemak...etak salai...






Ulaman dan sayuran yang murah-murah

Pasar pagi Badang dilihat dari jalan raya


Ni pasar kilang keropok... macam -macam ada jual juga.. keropoknya pun pelbagai... lokasinya di sebereng jalan je..


Itulah saja koleksi gambar sempat diambil...Rancangkan perjalanan anda ke kelantan. Jangan lepaskan peluang datang ke pasar pagi ini pada setiap hari Jumaat ...


No comments:

Post a Comment