Saturday 24 September 2016

Dilema ibu bekerjaya




Assalamualaikum

Sebagai wanita bergelar ibu, ingatan kepada anak-anak tidak pernah hilang dari ruang fikiran lebih lebih lagi kepada ibu bekerjaya yang lapan jam sehari berada di ofis.

Lebih - lebih lagi bila timbul masalah anak-anak mengenai pelajaran . Di ofis pula pelbagai masalah seperti  hasil kerja yang tidak dihargai dan sebagainya. Pasti timbul persoalan berbaloikah semua ini? 

Pengorbanan siibu agar keluarga mendapat kelebihan ekonomi dengan krisis kurang tumpuan kepada anak dan krisis emosi ditempat kerja menjadikan siibu terbeban secara fizikal dan rohani. Bila begini macam mana untuk menikmati hidup yang sebentar ini. 

 
 Bagi merendahkan suhu dilema di atas, ummi merumuskan beberapa panduan hasil dari pembacaan dari buku dan majalah selama ini...

1) Bersabar . Lihat semula hubungan dengan Allah. 
2) Buka minda dan kaji semula nilai kehidupan sekarang
3) Kaji semula matlamat bekerja
4) lihat keadaan ekonomi semasa , bandingkan dengan keupayaan diri. Apa nilai tambah diri yang ada ?
5) Cuba manfaatkan kelebihan diri untuk berniaga atau bekerja dirumah)
6) pelajari ilmu teknologi terkini yang berkaitan perniagaan dalam talian dan sebagainya.

adakalanya pengurusan anak-anak dirumah lebih perlu diutamakan .











Sunday 18 September 2016

Kreatif untuk diri sendiri


Assalamualaikum...
Baru - baru ni kami sekeluarga menghadiri satu kenduri kahwin di kampung. Yang menjadi tumpuan ummi adalah tenpat basuh tangan yang kreatif ni...

Bila sebut kreatif, ummi amat memandang kteatif yang memberi nilai tambah terutamanya untuk diri sendiri dan alam sekitar



Mana tak nya, tuan rumah memberi inspirasi dengan penggunaan barang kitar semula. Air basuhan pun tidak mercik ke kaki tetamu

Dan...air tidak dibazirkan. Disambung ke perdu pokok. Bertambah suburlah pokok ni kerana disirami dari air zat gulai kawah. Terbaik lah tuan rumah..