Saturday 22 October 2016

BERNIAGA KECILAN PUN RUGI?

Perniagaan kerap menemui kegagalan walau ianya sekadar perniagaan kecil-kecilan?

Memperincikan salah satu puncanya...

Salah satu punca masalah kegagalan perniagaan kecil-kecilan anda adalah:


Tidak membezakan poket kiri dan kanan

Maksudnya begini, walaupun kita buat perniagaan kecil-kecilan, kita perlu mengasingkan duit hasil jualan dengan duit dari pendapatan lain. Latihan kejujuran amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan sekali-kali letakkan wang yang dibayar pelanggan anda dalam poket anda walau sekejap.ini kerana poket anda juga diisi oleh wang gaji anda. Kesibukan akan menjadikan anda lupa untuk mengira wang itu semula. Anda berkecenderungan pula untuk menggunakan wang tersebut padahal anda perlu ingat itu bukanya keuntungan tetapi masih bercampur dengan modal.

Ia akan jadi bertambah buruk jika anda terikat dengan pinjaman bank untuk memulakan perniagaan itu. Seterusnya jika tidak ditanggani awal , ia menyebakan anda perlu menggunakan sumber pendapatan lain untuk membayar balik pinjaman dan bagi menutup modal yang tersilap pakai ini...hasilnya perniagaan yang sepatutnya bagi pulangan bagi menampung gaji anda yang kecil itu akan menjadi bebanan kepada anda pula. Mana taknya anda tetap perlu menggantikan modal tersebut untuk meneruskan perniagaan anda. 

Masalah akan jadi lebih serius jika anda biarkan ia berterusan. Akhirnya perniaagaan kecilan anda perlu dihentikan tetapi bayaan pinjaman tetap perlu anda langsaikan dengan menggunakan pendapatan lain atau simpanan. Katakanlah anda tidak terikat dengan bank kerana anda telah menggunakan simpanan anda, maka yang terkesan adalah simpanan anda semakin menyusut.

Perlu ingat, apabila kita memulakan perniagaan, matlamat kita adalah untuk untung. Balik modal mungkin boleh dipertimbangkan . Namun jika anda rugi, maka ia perlu dihentikan sebelum ia akan memakan simpanan anda atau pendapatan lain anda.






Wednesday 19 October 2016

Mata adik luka


walaupun mata merah, tapi bab bermain tak nak terlepas.(Di klinik)

Minggu lepas, ummi balik lewat dari tempat kerja. Petang itu pula hujan dengan ribut juga menandakan musim antara monson sedang bermula di pantai timur. Bila ribut reda, barulah ummi pergi ambil tasneem dirumah pengasuhnya.

Disebabkan keadaan gelap, maka ummi tidak nampak sebarang yang tidak kena pada matanya. Hinggalah petang keesokkan harinyanya barulah ummi perasaan tanda merah seakan luka . Persekitaran mata pula merah. Malamnya ummi telipon pengasuh mengenai keadaan mata tasneem dan kata pengasuh, mata nya merah diwaktu semenjak pagi lagi. Aduh..macam mana ummi tak perasaan keadaan mata Tasneem.

Kesal dan agak takut, pada malam itu kami bawa Tasneem ke klinik . Mujurlah tak serius .Alhamdulillah

Sunday 16 October 2016

MELIHAT DUNIA SEMASA SIBUK






Semasa sibuk , mata dan pemikiran akan menumpu pada satu titik fokus yang kita panggil matlamat kesibukkan itu. Ada kalanya kita sampai terlupa dan memandang benda lain yang tidak kurang pentingnya  dalam hidup ini seperti anak-anak, pasangan hidup dan juga kehidupan diakhirat.

Kesibukkan mampu mengekori kita sehingga kerumah sekalipun. Dengan itu kita kerap memikirkan kerja dipejabat walaupun di hadapan kita wajah - wajah comel anak-anak menunggu kita menyapa mereka mesra. Tidak kurang juga ada setengah kita menyambut sapaan anak - anak dengan suara kasar dan sebagainya.

Perlukah ini dibiarkan berlangsung dalam kehidupan kita? Bayangkan kita sibuk mengejar waktu hingga kita terlepas melihat waktu-waktu emas anak - anak membesar walaupun mereka di hadapan mata . Apa yang akan berlaku apabila kita tersedar , kita mendongak kehadapan dan kita lihat anak - anak sudah besar dan rambut kita pula penuh uban. Pada waktu itu mereka sudah pandai berdikari dan tidak memerluka lagi kita untuk bermain kuda-kuda dan sebagainya.

Tidak! katakan tidak!!.. ini tidak mungkin berlaku. Tinggalkan smart phone atau kerja mengemas yang tak pernah siap-siap tu. Ajak anak - anak keluar rumah. Jom kita pungut sampah. Atau jika sampah tak ada kita bubuh baja dipokok. Selepas bubuh baja, ada masa lagi untuk main berlari setempat. Lari ! lari! lari lagi! sampai semput ummi. berlari-lari anak. Ammar dan Tasneem pula punya la seronok. Ketawa berdekah - dekah . Suka sangat berlari-lari dari laman depan rumah hingga ke laman dapur. Terasa nak cari upih pinang supaya ummi boleh tarik Ammar dan Tasneem gilir-gilir macam ummi main kecil - kecil dulu. Tapi kat mana nak cari yea?

Tak jumpa upih pinang ummi masukkan gambar kanak-kanak bermain upih pinang untuk tatapan anak-anak ummi. Terima kasih kepada sumbangan gambar dibawah.




gambar hanya hiasan : sumber google



Wednesday 5 October 2016

Say yes! to ikim.fm


Adakah pembaca dan anak-anak ummi tau radio Ikim.fm ini amat mendorong ummi untuk melalui hari-hari yang amat mencabar sebagai ibu dan wanita bekerjaya ini?

Ini lah dia satu - satunya radio yang ummi ikuti sambil bekerja. Umpama vitamin yang memberi suntikan motivasi kepada ummi.

bekerja sambil mendengar zikir, tazkirah dan bahan - bahan ilmiah yang lain amat memberi motivasi untuk bekerja dengan lebih tekun dan rajin.

Syabas kepada Ikim. Kepada warga ikim.  Bukan setakat ilmu yang ummi perolehi, tapi rentak muzik nasyid dan alunan zikir amat mendamaikan dan telah menghuraikan diri dari tekanan kerja.

Umpama bekerja sambil meletakkan diri dalam majlis ilmu sahaja . Ikim amat memahami keperluan ummah dizaman moden ini yang mana amat mustahillah orang macam kani ini untuk menghadiri majlis ilmu di surau-surau. Diwaktu malam pula sibuk melayan anak pula dan badan pun letih .Jadi kewujudan radio seperti ikim.fm ini umpama memberi sinar baru kepada ummi.

Dibawah ini adalah antara bait-bait indah yang ummi kutip dari corong radii ikim.

**Jangan ingat kesusahan itu berpanjangan kerana kelak kita akan berputus asa dari rahmat tuhan

**Ujian adalah tarbiah dari Allah

Tuesday 4 October 2016

satu petang di PCB

Baba dengan waunyer.
ada servis menyewa buih sabun. Begitu gembira sekali anak-anak bermain buih sabun. Kosnya RM4 satu bekas


Dulu ia di kenali sebagai Pantai Chinta Berahi.Selepas itu ditukar menjadi Pantai Cahaya Bulan.
Di pantai inilah ummi, tok wan dan adik beradik meluangkan masa mencari remis semasa kami kecil dulu. Pada musim bah pula kami mengutip kayu yang hanyut untuk dibuat kayu api. 

Perubahan masa merubah juga bentuk pantainya. Kalau dulu pantainya landai dan dipenuhi pasir putih kini ia telah digantikan batu kasar pula untuk mengurangkan hakisan.

Tidak dinafikan bahawa sudah banyak rumah dan gerai yang telah masuk kelaut kerana hakisan. Dengan cara meletakkan batu begini hakisan sudah mengurang.

Monday 3 October 2016

PERGI NYA PERMATA UMMAH


Hari selasa yang lalu, pakar Fiqh, Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani telah kembali ke rahmatullah semasa berdakwah di China. Hilanglah seorang lagi permata ummah. Mengalir air mata ummi . Walau tak mengenali secara peribadi tetapi ummi telah mengikuti slot beliau di Ikim.fm Tahsinul Ibadah .



Pada hari Ahad minggu berikutnya ummi mendengar dari corong radio Ikim, rancangan khas..perjalanan terakhir beliau. Terdengar suara sendu dari setiap warga Ikim yang bersedih  atas kehilangan yang dikasihi Ustaz Fadzil . Kehilangan sang ustaz umpama kehilangan permata bagi ummah ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah.

PEK BANTUAN IBU BEKERJA - Pes tradisional Chef Ustazah


Assalamualaikum..

Ummi percaya semua wanita bekerja pelukan bantuan didapur. Seperti ummi juga, asyik tercari-cari kaedah nak mempercepatkan aktiviti memasak dan mengurangkan tenaga. Maklumlah banyak benda perlu dibuat bila cuti hujung minggu seperti mencuci pakaian dan mendidik anak-anak .Makan pun nak juga kan?

Melalui Ikim.fm, ummi berkenalan dengan produk Chef Ustazah ni. Emmm...Semudah mee maggi ..Alhamdulillah mampu membantu ummi ..

Bermula dengan hari raya aildilfitri baru ni ummi telah menggunakan pes kuzi dan rendang. Bermodal kan satu pek harganya RM10 amat berbaloi kerana menjimatkan masa dan tenaga.
Oleh itu ummi ambil keputusan untuk jadi pengedar juga.





Bagi kawan - kawan yang berminat di luar sana boleh la wassap ummi :  019-9470419

Harga pes tradisional  :  untuk penghantaran sekitar Kota Bharu , Kelantan : RM 10
           pes nasi mandy:  untuk penghantaran sekitar Kota Bharu , Kelantan : RM 14

untuk yang melibatkan penghantaran / courier   : tambah RM2
dan  minima 2 pek setiap penghantaran

senarai pes : rendang , kuzi,sambal tumis, sup daging,kerutuk hitam,
gulai kawah dan nasi mandy

cara memasak dan sukatan dinyatakan pada setiap pek