Tuesday 4 October 2016

satu petang di PCB

Baba dengan waunyer.
ada servis menyewa buih sabun. Begitu gembira sekali anak-anak bermain buih sabun. Kosnya RM4 satu bekas


Dulu ia di kenali sebagai Pantai Chinta Berahi.Selepas itu ditukar menjadi Pantai Cahaya Bulan.
Di pantai inilah ummi, tok wan dan adik beradik meluangkan masa mencari remis semasa kami kecil dulu. Pada musim bah pula kami mengutip kayu yang hanyut untuk dibuat kayu api. 

Perubahan masa merubah juga bentuk pantainya. Kalau dulu pantainya landai dan dipenuhi pasir putih kini ia telah digantikan batu kasar pula untuk mengurangkan hakisan.

Tidak dinafikan bahawa sudah banyak rumah dan gerai yang telah masuk kelaut kerana hakisan. Dengan cara meletakkan batu begini hakisan sudah mengurang.

No comments:

Post a Comment