Wednesday 5 October 2016

Say yes! to ikim.fm


Adakah pembaca dan anak-anak ummi tau radio Ikim.fm ini amat mendorong ummi untuk melalui hari-hari yang amat mencabar sebagai ibu dan wanita bekerjaya ini?

Ini lah dia satu - satunya radio yang ummi ikuti sambil bekerja. Umpama vitamin yang memberi suntikan motivasi kepada ummi.

bekerja sambil mendengar zikir, tazkirah dan bahan - bahan ilmiah yang lain amat memberi motivasi untuk bekerja dengan lebih tekun dan rajin.

Syabas kepada Ikim. Kepada warga ikim.  Bukan setakat ilmu yang ummi perolehi, tapi rentak muzik nasyid dan alunan zikir amat mendamaikan dan telah menghuraikan diri dari tekanan kerja.

Umpama bekerja sambil meletakkan diri dalam majlis ilmu sahaja . Ikim amat memahami keperluan ummah dizaman moden ini yang mana amat mustahillah orang macam kani ini untuk menghadiri majlis ilmu di surau-surau. Diwaktu malam pula sibuk melayan anak pula dan badan pun letih .Jadi kewujudan radio seperti ikim.fm ini umpama memberi sinar baru kepada ummi.

Dibawah ini adalah antara bait-bait indah yang ummi kutip dari corong radii ikim.

**Jangan ingat kesusahan itu berpanjangan kerana kelak kita akan berputus asa dari rahmat tuhan

**Ujian adalah tarbiah dari Allah

No comments:

Post a Comment