Tuesday 22 November 2016

Kebun tok wan 2016





Sebelum ini, ummi ada masukkan entry berkenaan kebun bunga kita. Tahun ini nak masukkan lagi kerana ummi ni suka gambar yang hijau-hijau apatah lagi yang berkaitan dengan kita.

Hari ini, kebun ini dah berbeza dengan dulu..akan datang tak tahulah apa pulak perubahannya, so baik ummi simpan lah gambar view taman bunga ini sebagai tatapan di hari depan.

Kebun Bunga? emm .. itulah nama panggilan laman kita yang kecil ini.
Alhamdulillah...

Siputih Gebu Di Musim Tengkujuh : Putu ubi kayu



Musim  tengkujuh sudah tiba. Disebalik rintik-rintik hujan putu ubi kayu mula menonjolkan dirinya yang puteh gebu dan panas-panas ...Ya..itulah putu ubi kayu..intinya gula melaka dicampur dengan gula...dicicah kelapa  parut..makan bersama kopi o panas...mak ooi...amat menggamit rindu zaman kanak-kanak dulu.





Tekstur nya agak unik...tidak boleh disamakan dengan piza..pencinta menu tradisional yang berkunjung ke pasar pagi Chabang Tiga PCB ini boleh mendapatkan putu ubi kayu sepanjang musim ini..mari la ...jangan tak mari...

Monday 14 November 2016

Cara hiburkan ibubapa 3

Makan-makan bersama mak tok, tok ayah dan ayah su...baba Ammar sibuk rakam gambar.

Assalamualaikum..

Belanja orang tua makan - makan kat luar sambil rilek-rilek menikmati suasan hotel atau kedai makan juga mampu mengembirakan mereka.

Selain mengeratkan hubungan kasih-sayang, ia juga boleh dijadikan terapi . Ini kerana kedai makan dan restoran di zaman ini amat kreatif menghias  premis perniagaan mereka.

Selain makan dengan selera, akal juga tenang dan senang menikmati suasana kedai yang kadang - kadang ada kolam ikan, pokok dan sebagainya.

Contohnya kedai yang kami makan ini meja dan bangku dari buluh. Ada atap nipah lagi  macam zaman dulu-dulu.

Alhamdulillah . Bersyukur kami dengan rezki ini

Saturday 12 November 2016

BUAT PILIHAN: ANTARA SENI DAN NOMBOR

, iPhone and iPad. Wallpapers and Pictures Desktop, Free Backgrounds ...
SUMBER: GOOGLE





Kisah ini kisah lama... timbulnya dizaman ummi nak mengenali diri. Siapakah aku ini.?seorang seniman atau bukan seniman..mana tidaknya, ummi ni suka melukis dan suka juga menulis. Sentiasa berangan suatu hari nanti dapat menerbitkan buku atau novel sendiri.

Satu sisi lain pula perlu dihalusi. Kedudukan hasil seni di Malaysia tidak lah sehebat mana untuk dijadikan punca rezki sedangkan pengorbanan lebih pula diperlukan. itulah penilaian ummi pada waktu itu.

Hingga sekarang pagi petang tenguk nombor lah...kewujudan ruang bloging ini macam bagi ruang ke ummi untuk lepas gian menulis pula.

ALHAMDULILLAH

Cara menghiburkan ibubapa 2


SAMBUT HARI LAHIR MEREKA

Selain ziarah mereka, buat kejutan hari jadi pun boleh.

Hari lahir Tok Wan Jatuh pada Jumaat 4 November. Cantik sekali kebetulan pula hari cuti . Jadi malam tu kami sekeluarga buat kejutanlah. Kek takde sebab tok wan tak suka kek. Kami gantikan dengan KFC ..selain dari menu-menu lain.



Diikuti oleh lagu 'selamat hari jadi' kami menikmati suasana dan makanan dengan penuh rasa syukur kerana tok wan masih bersama kami diusia ini.

Semoga Allah merahmati tok wan yang kita sayangi



Friday 11 November 2016

7 Cara Membina Minda Ushawan





Assalamualaikum

Sebagai umat Islam, perlu diingatkan berniaga itu adalah sunnah rasulullah terdapat hadis rasul yang mengatakan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan. Namun agak pelik juga bila yang memenopoli perniagaan adalah bukan dari umat Islam.

Adakah agresifnya bangsa lain menjadikan bangsa Islam tidak nampak penglibatannya dalam berniaga ini.

Ummi percaya pada latihan yang kerap dan awal mampu menyediakan diri kita untuk menjadi ahli perniagaan yang mampu memberi sumbangan pada ummah ..

Antara persediaan untuk menjadi ahli perniagan adalah dengan membina minda ushawan semenjak kecil seperti berikut:

1. Memberitahu anak-anak punca rezki bukan hanya dari makan gaji

2. Ceritakan kisah rasulullah yang berjaya dan terkenal sebagai pedagang yang jujur dan rajin.

3. Mulakan tabungan untuk diri sendiri dan anak-anak. Beritahu kuasa tunai ditangan melancarkan proses berniaga yang memerlukan masa untuk untung dan stabil.

4. Latih berniaga dari kecil. Ummi pernah lukis komik nipis dan dijual pada kawan - kawan disekolah rendah.

5. Menceritakan kepada anak-anak tentang perniagaan lambang kekuatan ummah dan makna jihad ekonomi.

6. Dedahkan anak dengan krusus singkat berkaitan ushawan. Jika ada adik beradik kita yang berniaga berbibcanglah untuk bagi anak kerja sementara cuti sekolah.

7. Latih diri anak untuk tugas - tugas yang berkaitan fizikal juga.

Jika kita memulakan langkah pertama sebagai penjual ikan,  maka langkah seterusnya adalah untuk mempunyai rangkaian kedai ikan yang lain juga.

Ataupun hasil dari untung jual ikan, maka boleh digunakan untuk peruncitan pula.

Apapun yang hendak dilakukan, jangan ketepikan pendidikan asas kerana semua orang perlu berfikiran ushawan samada beliau adalah seorang guru, ustaz atau hakim. Yang penting jangan lupa berniaga bukanlah untuk kekayaan diri sendiri sahaja.
   
                   



Laman:pokok bunga mak tok

               
             
Assalamualaikum...
Kali ini ummi nak rakamkan isi kandungan taman mak tok dalam coretan ini.

Dibawah ini taman mini yang diletakkan diatas tempat bakar berbentuk perahu. Tak tanya pulak kat mana mak tok beli tempat bakar tu.




Ni pulak pasu ikan kecil . Nampak tak ikannya?. airnya pun jernih . Rajin mak tok salin air. 



Atas ni pulak pokok stail bonzai. 



Yang ini pun cantik...x tau pula nama apa. sejenis tebu hiasan?



Di letak sepanjang jalan masuk ke pintu depan. Hijau yang menyegarkan jiwa. Berlatar belakang bukit hijau dan langit yang biru. Itulah rumah mak tok dan tok ayah.

Alhamdulillah.

Cara menghiburkan ibu bapa

Kerap ziarah ibubapa
                          

Salah satu cara mebghiburkan ibubapa adalah dengan kerap menjeguk mereka. Oleh itu pulanglah selagi mereka ada.

Seperti kami juga, saat nak balik kampung ini memang mengujakan. Lebih- lebih lagi anak- anak. Tak senang duduk mereka menunggu beg dimasukkan ke kereta.

Sebagai ibu pula, adoi tak laratnya nak berkemas nak ooi. Macam biasalah nak balik kampung tu jangan setakat kaut baju jer tapi perlu ingat juga perihal keselamatan seperti dapur , plug alatan letrik dan selak serta kunci pintu dan jendela.

Akhir sekali jangan lupa ayatul kursi perlu dibaca sambil sambil selak puntu tu dan sertakan doa didalam hati. Biarkan juga satu atau dua lampu terpasang. Agar cerah. Kos letrik mahal? Ish....ini isu keselamatan , tiada nilainya. Betul tak?

Akhir sekali. Tawakkal kepada Allah swt.

Ok... jom balik kampung

Thursday 10 November 2016

Sekuntum mawar merah


Mawar merah ni cantik kan?
Ha ...jangan main - main, bunga ni tok wan yang tanam. jangan nak petik petik. Tok wan suka sangat kat bunga mawar ni.

Begitulah hobi tok wan menanam bunga. walaupun dah berumur hampir 80 tahun tapi masih kuat menggali tanah dan angkat pasu bunga. mungkin lah dengan kerja macam ni tok wan masih gagah dan sihat. Ummi berharap suatu hari nanti ada masa juga bercucuk tanam macam tok wan. Sekarang ni kija pagi petang baru balik . Dah gelap tak boleh bercucuk tanam pula.



Tuesday 1 November 2016

PENGEMBARAAN PERTAMA : Ammar di ladang teh









Apabila diberitahu tentang keinginan mak tok untuk membawa Ammar makan angin ke Tanah tinggi Cameron , maka bukan main lagi sukanya Ammar, maklumlah ummi dan baba bukannya sempat nak bawa anak-anak jalan - jalan.

Dari Cameron Highland mak tok  hantar gambar untuk tatapan ummi. Sebelum Ammar pergi, ummi sempat berpesan supaya jaga tingkah laku dan adab semasa berhadapan dengan orang tua. Ummi juga berpesan supaya Ammar jangan lupa baca ayat Kursi dan Al fatihah minta perlindungan dari Allah sepanjang perjalanan.  Selain itu ummi berpesan jangan teruja sangat ditempat orang . Berpada - pada lah berseronok tu. Utamakan keselamatan dan tingkah laku.

Pengembaraan? kenapa guna perkataan ini. Kenapa tidak guna 'pelancungan' ke atau 'makan  angin'? ..jawapanya adalah kerana ia lebih bwrkesan dan ilmiah. Melihat kelibat Ammar berbaju kuning di ladang teh itu, ummi rasa sangat betapa jauhnya perjalanan Ammar ini. Moga - moga pengembaraan Ammar ini menjadi langkah pertama untuk mendapat pengalaman berguna dengan melihat keindahan Allah yang berada dimerata tempat di muka bumi ini.

Alhamdulillah tiga hari selepas itu Ammar pulang dengan membawa cerita yang pelbagai kepada ummi.

Ummi sayang kamu..