Tuesday 3 January 2017

SALMAN AL-FARISI : MENGEMBARA MENCARI NABI AKHIR ZAMAN

https://empimuslion.files.wordpress.com/2008/06/gurun-sahara-afrika.jpg


ASSALAMUALAIKUM..
Salman Al Farisi adalah salah seorang sahabat Rasulullah . Itu semua orang tahu. Namun beberapa hari yang lepas, ummi telah menonton rancangan Cinta Rasul di Tv al- Hijrah , siaran ulangan .Ustaz Zul Ramli bercerita pasal pegembaraan Salman mencari Rasulullah yang menjadikan ummi rasa ingin berkongsi dengan semua.

Salman Al-farisi, seorang sehabat dari Parsia (Iran) yang sebelumnya menganut agama menyembah matahari. Salman telah mengembara untuk mencari kebenaran sehinggalah suatu ketika beliau telah bersama  pendita Kristian memberinya petunjuk tentang dizamannya itu akan muncul seorang lelaki yang membawa ajaran  nabi Ibrahim dan mempunyai tanda -tanda yang jelas pada dirinya iaitu dia adalah seorang yang tidak memakan sedekah , dia menerima hadiah dan dia seorang yang mempunyai cop kenabian  di antara dua bahunya. 

Pencarian Salman telah  membawa dirinya hingga ke tanah Arab dan membuatkan beliau menempuh pelbagai ujian sehinggalah beliau juga telah menjadi orang belian. Namun itu tidak menjadikan beliau tewas pada cabaran . Matlamatnya satu mencari Sang Rasul. Sehinggalah pada suatu hari semasa Salman menjalankan tugasnya sebagai hamba dengan memanjak pokok kurma, tiba -tiba ada seorang berteriak, “Semoga Allah mencelakakan Bani Qailah –yakni Aus dan Khazraj– demi Allah mereka sekarang sedang berkumpul di Quba’ dengan seorang laki-laki yang pada hari ini datang dari Mekkah yang mengaku sebagai Nabi.”

Salman menggelungsur dari batang kurma untuk turut meninjau apa yang diperkatakan dan dihebuhkan itu. Namun di tahan oleh majikannya.

Salman yang tidak berputus asa itu telah berusaha untuk berjumpa dengan Rasulullah...hinggalah tiba pada waktu yang sesuai dia telah mebghampiri rasulullah... berjabat tangan dan menyedekahkan buah kurma..Dari jauh Salman melihat perlakuan rasulullah setelah menerima sedekah kurma. Ternyata kurma yang telah diterima itu diagih-agihkan dengan penuh kasih sayang kepada para sahabat dan rasulullah sendiri tidak memakan kurma tersebut. Dalam hati Salman berkata , "inilah salah satu bukti" (tidak menerima sedekah) . 

Kamudian Salman datang pula dengan membawa  rasulullah buah kurma sebagai hadiah. Dari jauh Salman melihat lagi perlakuan rasulullah. Ternyata hadiah yang diterima itu turut dibahagi-bahagikan kepada sahabat dan rasulullah sendiri telah merasa kurma yang dihadiahkan itu. Dalam hati Salman berbunga bahagia dan berkata " ini satu lagi bukti'(menerima hadiah).

Di hari yang lain pula Salman telah mendatangi rasulullah yang pada waktu itu sibuk menyediakan kubur untuk sahabat yang mati. Salman menghampiri rasulullah untuk meninjau-ninjau tanda di belakang baginda. Keadaan ini di ketahui oleh rasulullah dan rasulullah telah menyelak bajunya untuk menunjukkan belakangnya. Ternyata tedapat cop kenabian sebagai bukti terakhir yang dicari Salman. Melihat ini Salman amat gembira lantas memeluk rasulullah menjadikan rasulullah terkejut. Salman menceritakan kepada rasulullah tentang pencariannya mencari kebenaran. 

Itulah kisah Salman Al-Farisi mengembara mencari Rasulullah , nabi akhir zaman.

Selawat dan salam kepada rasulullah s.a.w








Rujukan :
1) Ustaz Zul Ramli di program Cinta Rasul TV Alhijrah
2)  https://muslimah.or.id/7445-jalan-hidayah-salman-al-farisi.html




No comments:

Post a Comment