Saturday 18 February 2017

LUANG MASA BERMAIN DENGAN ANAK

Hari Jumaat adalah hari yang paling dinantikan oleh ummi . Hari ini adalah hari cuti bagi ummi. Cuti satu hari seminggu , bekerja 6 hari seminggu. Semua benda nak buat pada hari ini. Pergi ke pasar, cuci baju, sapu sampah , jemur kain, mengajar anak dan termasuk juga bermain-main dengan anak.  Aduhai... kerap kali juga pada hari Jumaat ini ummi kena sakit kepala. Tidur dari pagi hingga hilang sakit kepala. Kekadang hilang tengah hari , kekadang malam pun tak hilang - hilang. Bila ini berlaku maka rosak lah penantian semua untuk meluangkan waktu bersama keluarga.

Itu jika terkena sakit kepala..biarlah ..nak buat macam mana kan? okey jika sihat , macam - macam nak kena buat. Jadi kena berdoa ummi sihat selalu.




Waktu petang adalah waktu yang ditungu-tunggu oleh Ammar dan Tasneem. Semenjak dua menjak ni nak bermain badminton...maka terlompat-lompat lah ummi ni smash bulu tangkis...ha ha ha...

Bukan main lagi seronok Ammar ni. Pukul lima setengah je mesti cari raket badminton, sama juga macam Tasneem..tau jer reket tu ummi simpan kat mana ya...


Biasanya jumaat jiran-jiran lain keluar , maka kawasan tu kami jajah la untuk selama sejam dua tu..

Sesungguh nya..semua ini akan ummi ingati . Ummi harap Ammar dan Tasneem pun jangan lupa kenangan kita main badminton.. kekadang tu bulu tangkis di bawa angin, maklumla kawasan pantai ni berangin...

sayang kamu semua..

4 comments:

  1. parents pun kena luang masa bermain dgn anak. jadi bestfriend anak..

    ReplyDelete
  2. saya pun main badminton dengan anak skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak akan ceria bila tenguk si ibu terlonjak-lonjak..

      Delete