Sunday 22 January 2017

Rasa Diri Berguna : Slot Pesona D'Zahra

credit to google


Assalamualaikum...

Seperti selalu Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin tidak menghampakan penantian ummi . Melalui Pesona D' Zahra banyak ilmu yang dititipkan beliau. Ummi tak sempat nak mencatit, namun rumusan yang ditulis oleh DJ di ruangan akhbar ni mampu mengulang apa yang di suarakan oleh ustaz...

sama-sama lah hayati ...seperti dibawah ini yea... tajuk hari ini adalah....
 

Rasa Diri Berguna


MERASA diri hina dan tidak berguna di sisi manusia dan makhluk lain ditegah oleh Allah. Ia merupakan sifat terkeji yang patut dijauhi. Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:- “Janganlah kamu takut pada seseorang makhluk tapi takutlah kepadaKu. “(Surah Al Maidah:, ayat 44). Oleh itu, jadikanlah diri  rasa  sentiasa berguna agar dapat meneruskan kehidupan .

Menerusi tajuk yang menyentuh tentang “Rasa Diri Berguna” dalam rancangan Pesona D’ Zahra yang disiarkan di IKIMfm pada minggu lalu, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin  berkata  orang yang paling dicintai  oleh Allah SWT ialah manusia yang paling banyak  memberi  manfaat kepada orang lain. Perkara tersebut dibuktikan apabila Rasulullah SAW bersabda “Sebaik-baik  manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia”. Misalnya, dalam institusi keluarga kita disaran menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan, mampu dipanjangkan umur serta rezeki yang murah. Justeru, umat Islam yang memandang remeh hubungan silaturahim pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik. Setiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Kedua-dua  sifat tersebut  khususnya  sifat bertanggungjawab menjadi faktor terpenting agar merasa diri  berguna di sisi Allah dan manusia yang lain. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.  Segala tanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak .

Sifat bertanggungjawab kepada diri sendiri merujuk kepada bagaimana cara kita menguruskan diri kita. Dari aspek agama, kita boleh kaitkan tanggungjawab terhadap diri sendiri ini dengan menyempurnakan tuntutan agama ke atas kita selaku seorang muslim. Bukan itu sahaja, tanggungjawab terhadap diri sendiri juga merangkumi bagaimana kita menguruskan personaliti dan peribadi diri kita. Umpamanya, menjaga pakaian kita  agar  sentiasa kelihatan kemas. Seterusnya mengambil tanggunjawab terhadap ahli keluarga. Dalam sesebuah keluarga, bapa atau suami merupakan ketua kepada keluarga tersebut dan memainkan peranan yang paling besar dalam pembentukan keluarga. Misalnya, dalam soal agama, ketua keluarga ini wajib menyemai nilai-nilai yang diajarkan oleh Islam ke dalam diri setiap ahli keluarga. Tidak dapat dinafikan  dalam  institusi rumahtangga  wujudnya situasi di mana hanya isteri  sahaja yang membantu  ahli keluarganya mencari nafkah. Bagaimanapun, dalam perkara ini  suami  tidak harus memandang enteng. Sebaliknya, memberi kerjasama dan meghulurkan bantuan.  Suami tersebut wajib mendidik dan mentarbiyah mereka sehingga ahli keluarganya dapat beramal dan melaksanakan tuntutan agama ke atas mereka. Sebenarnya, pembentukan sesebuah masyarakat yang cemerlang dan berpegang teguh dengan syariat Islam bermula dari peringkat keluarga lagi. Jika baik proses pentarbiyahan di peringkat keluarga, maka akan lahir jugalah masyarakat yang cemerlang yang ‘berdiri’ atas syariat Islam. Tetapi, perkara ini tidak akan dapat dilaksanakan tanpa ada kesedaran dalam kalangan ibu bapa khususnya dan masyarakat amnya. Tiada seorang pun manusia didunia ini hidup keseorangan. Manusia telah dijadikan hidup berpasang-pasangan dan hidup dalam komuniti atau masyarakat. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap masyarakat mengikut kemampuan kita. Dengan memenuhi tanggunjawab tersebut  secara tidak langsung membolehkan seseorang indivdu  melebarkan komunikasi dengan ahli masyarakat yang lain. Ia dpat dilakukan apabila  individu berkenaan melibatkan diri dalam  aktiviti-aktiviti  yang dianjurkan oleh   pelbagai pihak seperti masjid, surau, dan persatuan kebajikan 

Menurut  Muhammad, selain daripada menunaikan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, kita  juga tidak harus lupa akan tanggungjawab terhadap Negara. Hendaklah kita  berusaha  dengan  sepenuh hati dalam mempertahan dan membangunkan  negara yang kita cintai. Sifat hubbul watan (cinta dan kasih sayang pada Negara) harus disemai pada setiap lapisan umur. Dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat yang dikecapi sehingga hari ini,  tidak bermakna kita  alpa terhadap tanggungjawab  sebegini. Justeru, anak-anak  harus dipupuk agar  mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Dalam menjayakan  usaha ini, ibu bapa dan guru-guru  perlu memberikan komitmen yang jitu dan ikhlas dlam melaksanakannya. 

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Begitu juga  saat-saat diri kita berasa tidak dihargai. Allah SWT kemudiannya menjanjikan pertolongan kepada hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu benci-membenci, dengki mendengki dan masam-masam muka. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).  Oleh itu, hiasilah diri kita dengan kasih sayang dan tidak menumbuhkan rasa kebencian terhadap orang lain. Ini kerana sifat sedemian boleh menjurus kepada permusuhan dan pergaduhan di dalam sesebuah masyarakat. Seterusnya, kita juga disaran agar berani dengan mencari perkara-perkara lain yang boleh mendatangkan kebaikan pada diri kita. Misalnya, jika seseorang itu telah mengalami kegagalan dalam urusan perniagaan yang diusahakan selama ini, maka  individu tersebut  perlu maju kehadapan dan mengenal pasti potensi atau bakat yang memberikan  kebahagiian dan kecemermmerlangan pada diri. 

Dalam melahirkan penghargaan kepada orang lain pula,  kita diituntut  untuk memilki  sifat ihtiram  yang merujuk kepada menghormati dan meberi kemaafan kepada orang lain. Satu lagi sifat yang perlu ditonjolkan adalah ikram yakni  memulikan orang lain  tidak kira apa jua  situasi  yang dihadapi.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 9 Disember 2016

Ikan bakar air asam


ASSALAMUALAIKUM..

Satu menu yang paling kami suka makan adalah ikan bakar air asam. Resepi lama milik tok wan diperturunkan kepada anak-anaknya. Baba dulu tak biasa dengan air asam ni.. bila ummi hidangkan masa mula-mula kawin dulu, hingga sekarang ...mmm... kalu sekor ikan tu kira tak perasan la  mertua lalu kut belakang...betapa sedapnya. Itulah cara ummi nak bagitau .. 

Cara buat nya senang dan murah sahaja..

Bahan-bahan :-

air asam
dua ulas bawang merah di bakar
tiga biji lada burung
lima ulas bawang merah di potong kecil
6 biji lada burung di hiris kecil
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Ikan
ikan dibakar (guna pan sahaja)

cara proses :


Bakar bawang hingga hangus macam kat bbawah ni. Ummi bakar guna besi pembakar yang diletak terus ke dapur gas.



buang kulit, cuci dan di tumbik dengan lada burung. macam kat bawah ni...



hasilnya selepas di tumbuk jadi macam kat bawah ni..


kamudian campur air asam jawa, bagi pekat sikit..guna lah air yang dah di masak, bukan air pili...pastu letak garam dan lada secukup rasa. Sebab nak cover masamnya ummi lebihkan manis ..



kamudian, kita tenguk ikan pula. Ummi guna ikan talapia.. boleh juga guna ikan cencaru, kembung atau selayang. Bakar guna pan macam ni ..hasilnya ikan terbakar hingga ke dalam ..sekali sekala tutup ..tapi jangan lama tutup tu sebab nak dapatkan keaslian cara bakar..



Hasilnya macam kat bawah ni..



Siap untuk dimakan...


Tuesday 10 January 2017

Last minute shopping: baju sekolah Ammar

Assalamualaikum...

Ha...Ammar dah nak start bersekolah. Tapi baju dan seluar belum beli lagi. Sehari sebelum sekolah dibuka kami pergi ke Pantai Timur Taman Bendahara. Walaupun baju tahun lepas masih elok, baju baru tetap ummi beli sebagai motivasi. Jadi boleh la pakai gilir- gilir. Jadi cukuplah sehelai sahaja baju baru ... semoga Ammar rajin- rajinlah belajar..

Teringat kecil-kecil dulu..pakai baju lama kesekolah..tapi ummi tetap mampu ke univesiti.

Tuesday 3 January 2017

SALMAN AL-FARISI : MENGEMBARA MENCARI NABI AKHIR ZAMAN

https://empimuslion.files.wordpress.com/2008/06/gurun-sahara-afrika.jpg


ASSALAMUALAIKUM..
Salman Al Farisi adalah salah seorang sahabat Rasulullah . Itu semua orang tahu. Namun beberapa hari yang lepas, ummi telah menonton rancangan Cinta Rasul di Tv al- Hijrah , siaran ulangan .Ustaz Zul Ramli bercerita pasal pegembaraan Salman mencari Rasulullah yang menjadikan ummi rasa ingin berkongsi dengan semua.

Salman Al-farisi, seorang sehabat dari Parsia (Iran) yang sebelumnya menganut agama menyembah matahari. Salman telah mengembara untuk mencari kebenaran sehinggalah suatu ketika beliau telah bersama  pendita Kristian memberinya petunjuk tentang dizamannya itu akan muncul seorang lelaki yang membawa ajaran  nabi Ibrahim dan mempunyai tanda -tanda yang jelas pada dirinya iaitu dia adalah seorang yang tidak memakan sedekah , dia menerima hadiah dan dia seorang yang mempunyai cop kenabian  di antara dua bahunya. 

Pencarian Salman telah  membawa dirinya hingga ke tanah Arab dan membuatkan beliau menempuh pelbagai ujian sehinggalah beliau juga telah menjadi orang belian. Namun itu tidak menjadikan beliau tewas pada cabaran . Matlamatnya satu mencari Sang Rasul. Sehinggalah pada suatu hari semasa Salman menjalankan tugasnya sebagai hamba dengan memanjak pokok kurma, tiba -tiba ada seorang berteriak, “Semoga Allah mencelakakan Bani Qailah –yakni Aus dan Khazraj– demi Allah mereka sekarang sedang berkumpul di Quba’ dengan seorang laki-laki yang pada hari ini datang dari Mekkah yang mengaku sebagai Nabi.”

Salman menggelungsur dari batang kurma untuk turut meninjau apa yang diperkatakan dan dihebuhkan itu. Namun di tahan oleh majikannya.

Salman yang tidak berputus asa itu telah berusaha untuk berjumpa dengan Rasulullah...hinggalah tiba pada waktu yang sesuai dia telah mebghampiri rasulullah... berjabat tangan dan menyedekahkan buah kurma..Dari jauh Salman melihat perlakuan rasulullah setelah menerima sedekah kurma. Ternyata kurma yang telah diterima itu diagih-agihkan dengan penuh kasih sayang kepada para sahabat dan rasulullah sendiri tidak memakan kurma tersebut. Dalam hati Salman berkata , "inilah salah satu bukti" (tidak menerima sedekah) . 

Kamudian Salman datang pula dengan membawa  rasulullah buah kurma sebagai hadiah. Dari jauh Salman melihat lagi perlakuan rasulullah. Ternyata hadiah yang diterima itu turut dibahagi-bahagikan kepada sahabat dan rasulullah sendiri telah merasa kurma yang dihadiahkan itu. Dalam hati Salman berbunga bahagia dan berkata " ini satu lagi bukti'(menerima hadiah).

Di hari yang lain pula Salman telah mendatangi rasulullah yang pada waktu itu sibuk menyediakan kubur untuk sahabat yang mati. Salman menghampiri rasulullah untuk meninjau-ninjau tanda di belakang baginda. Keadaan ini di ketahui oleh rasulullah dan rasulullah telah menyelak bajunya untuk menunjukkan belakangnya. Ternyata tedapat cop kenabian sebagai bukti terakhir yang dicari Salman. Melihat ini Salman amat gembira lantas memeluk rasulullah menjadikan rasulullah terkejut. Salman menceritakan kepada rasulullah tentang pencariannya mencari kebenaran. 

Itulah kisah Salman Al-Farisi mengembara mencari Rasulullah , nabi akhir zaman.

Selawat dan salam kepada rasulullah s.a.w








Rujukan :
1) Ustaz Zul Ramli di program Cinta Rasul TV Alhijrah
2)  https://muslimah.or.id/7445-jalan-hidayah-salman-al-farisi.html